Kelab Maya UMNO Malaysia Zon Utara
 

KMU Zon UTARA


HALAMAN UTAMA


PENGENALAN


       BERITA
1 Jun 2001
2.
Julai 2001
3.
Ogos 2001
4.
Sept. 2001
5.
Oct. 2001


     AKTIVITI
1. Perasmian KMU
2. KHTPC
3. Pmtg Pauh
4.
Gathering


       GAMBAR
1. Dialog KHTPC
2.
Pmtg Pauh
3.
Puteri Kedah
4.
Lunas
5.
Gathering
6. Title 5

6. Title 6


   PETA ZON
      

1. PERLIS
2. KEDAH
3. P. PINANG
4. PERAK

5. LANGKAWI


   ADUN dan EXCO NEGERI


1. ADUN KEDAH
2.
EXCO KEDAH


1.
ADUN PERLIS
2.
EXCO PERLIS

1. ADUN PENANG
2.
EXCO PENANG

1. ADUN PERAK
2.
EXCO PERAK


PILIHAN RAYA 1999


      PAUTAN
1. Mayaumno
2.
KMU.net
3.
UMNO-Online
4. 
Utusan M'sia
5.
Berita Harian

6.
Bernama       6. KMU.net
7.
UMNO-Online 8. KMU.net
9.
UMNO-Online 10. KMU.net
11.
UMNO-Online


BUKTI FITNAH


LUNAS :   Kita Tawan Balik!!


JADI AHLI KMU

 




Selamat Datang to KMUtara.


***Pelancaran Puteri UMNO Kedah di Gunung Keriang pada 25hb Ogos 2001***

 


Mukadimah pengenalan

Assalamualaikum

Jika saudara-saudari telah melayari laman rasmi kita di www.mayaumno.com atau gerbang tempur kita di www.kmu.net.my maka saya percaya saudara saudari akan faham apa sebenarnya Kelab Maya UMNO ini.

Untuk pengetahuan semua, KMU adalah pertubuhan sukarela. Walaupun kita bernaung di bawah Penerangan UMNO, tetapi penubuhannya adalah atas dasar sukarela penyokong-penyokong UMNO di alam cyber.

Perjuanganan kita adalah di dalam alam maya untuk menangkis dakyah sonsang pembangkang.

Perjuangan Politik Alam Siber

Apabila Majlis Tertinggi UMNO memecat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada tanggal 3 September 1998, ia menandakan bermulanya cara dan perspektif baru dunia politik negara.

Walaupun perubahan ini berlaku dalam banyak aspek dan bidang kerana penguasaan mantan timbalan presiden itu dalam pelbagai media massa dan organisasi sebelum ini tetapi yang nyata ialah munculnya politik maya atau politik internet cukup mempengaruhi.

Sejarah Perjuangan Politik Alam Siber

Dalam sekitar empat bulan pertama krisis politik negara, pembangkang, dengan dana yang kurang jelas dari mana, telah berjaya mewujudkan lebih daripada 20 laman web politik. Oleh kerana laman-laman ini menggunakan ‘perumah’ (hosting) luar negara maka tidak ada siapa dapat mengenali identiti pengendalinya.

Kumpulan-kumpulan E-mail (Mailing Group) dan Rangkaian Perbualan internet (IRC) juga dipenuhi cerita-cerita separuh benar mengenai keburukan pemimpin tertentu dengan tujuan mengindoktrinasikan kebencian terhadap pemimpin negara dan UMNO. Buat seketika laman-laman ini mendominasi pemikiran dan pergerakan politik golongan muda. Arus kebangkitan pemikiran siber yang bercelaru tanpa jati diri politik yang kuat dan kebebasan berekspresi, tanpa batasan undang-undang negara mahu pun tanggung jawab moral dan agama, telah mempopularkan laman-laman ini.

Tulisan mereka bukan sahaja tidak terikat kepada sebarang undang-undang negara tetapi juga mereka melupai tanggung jawab terhadap Islam dengan menulis berita berupa fitnah sewenang-wenangnya. Oleh kerana sekali-sekala terdapat kebenaran dalam berita atau khabar angin yang disebarkan, maka laman-laman pelampau reformasi ini kian mendapat sambutan. Satu kebenaran yang muncul dalam laman mereka digembar-gembur dengan begitu hebat hingga melupakan idealis politik mengenai beratus lagi fitnah mereka yang tidak benar.

Arus yang tidak tertahan ini tiba-tiba sahaja dicabar oleh kebangkitan sekelompok lagi generasi muda negara yang melihat keamanan, kesejahteraan dan survival masa depan negara mulai terancam.Beberapa laman web pro kerajaan mula wujud. Kurang jelas laman manakah yang mula mendahului langkah ini kerana beberapa laman boleh dikatakan muncul hampir seiring antara satu sama lain.

Namun hampir semua di kalangan pejuang siber masa itu bersetuju bahawa laman Anwar Gate adalah peneraju kebangkitan ini. Walau pun hingga hari ini pengendalinya enggan dikenali umum tetapi ternyata beliau banyak mendorong dan meningkatkan semangat perjuangan di dalam internet. Kemudian beberapa laman lain seperti "Anwar+Nala+Seks+Judi", PejuangBangsa, Warisan, Huruharakah, Petualang Negara dan beberapa lagi mulai melancarkan perang siber. Ketika ini juga muncul Mailing Group pro-UMNO yang dinamakan Antireformasi.

Kumpulan-kumpulan e-mail dan bilik-bilik perbualan internet mulai ‘diserang’ oleh penyokong UMNO. Ini sedikit sebanyak telah menyeimbangkan keadaan yang berat sebelah sebelum ini. Yang menariknya ramai daripada penggerak dan ‘pejuang’ UMNO dalam internet ini bukanlah ahli UMNO dan tidak ambil peduli pun mengenai politik kepartian ini. Cuma bila keadaan kian mendesak mereka tampil untuk mengambil peranan yang gagal dilakukan oleh orang lain.

Sebahagiannya mendaftar sebagai ahli UMNO serta-merta, semata-mata untuk membuktikan masih ada generasi muda masih bersama UMNO. Bukan sedikit ejekan dan cemuhan biadap dengan panggilan kurang cerdik, kaki ampu, tidak islamik yang diterima oleh generasi muda yang mempertahankan UMNO.

Tapi perjuangan tetap perjuangan. Membujur lalu melintang patah.

Fasa kedua pertarungan ideologi politik di siber bermula bila pelampau reformasi yang melihat penyelewengan fakta dan fitnah mereka mulai dicabar oleh gerakan penerangan siber penyokong UMNO.Kalau tidak silap penulis laman Astora Jabat yang pertama diceroboh oleh pelampau reformasi. Kemudiannya, Satu pasukan ‘Crackers’ (Perosak Laman Web - definisi kepada hacker yang menceroboh dan merosakkan laman web) pelampau reformasi yang menggunakan nama Xenophoria telah memusnahkan sebelas laman web penyokong kerajaan yang berpusat di ‘perumah’ Tripod.com.

Buat seketika pertarungan ini kembali menjadi berat sebelah. Walaupun beberapa kali ‘upload’ semula ia mudah dimusnahkan kembali kerana laman-laman ini digerakkan oleh orang perseorangan dan tidak mempunyai dana yang cukup.

Namun dalam kedaaan ini sekali lagi terdapat penyokong UMNO yang bertindak balas. Seseorang yang menggunakan nama ‘Junior Hackers’ telah berjaya menceroboh dan memusnahkan laman pelampau reformasi yang utama iaitu ‘Mahazalim’. Pertarungan ini telah mendapat liputan akhbar The Star ketika itu yang menyiarkan komen daripada Junior Hackers, Xenophoria Team, Webmaster Mahazalim dan PejuangBangsa.

Selain itu, sekumpulan penyokong UMNO diketuai oleh seseorang menggunakan nama samaran Jebon telah menggunakan kepakaran IT dengan mengambil alih kuasa beberapa bilik rangkaian perbualan internet -IRC - milik penyokong pembangkang.

Keadaan ini telah mewujudkan keadaan ‘cool’ kembali dengan pelampau reformasi mula menghentikan aktiviti mensabotaj laman web pro kerajaan kerana menyedari kepakaran yang sama dimiliki oleh penyokong UMNO. Dalam masa yang sama laman rasmi UMNO muncul secara tiba-tiba. Ini sedikit sebanyak mula menampak keseriusan UMNO untuk menggunakan internet sebagai satu alat komunikasi. Ini juga mungkin satu kesedaran pimpinan UMNO bahawa bentuk media baru ini tidak boleh dikawal kecuali dilawan kembali.

Namun kelahiran laman web ini agak mengecewakan pada peringkat permulaannya dengan bahan tersiar lebih banyak diambil daripada akhbar arus perdana dan artikel-artikelnya tidak menjawab dengan baik fitnah pembangkang. Manakala kadar kelajuan capaiannya amat perlahan dan memeritkan. Ketika ini muncul rungutan-rungutan bahawa pembabitan UMNO dalam perang siber ini sekadar melepas batuk ditangga.

Malahan kemunculan laman UMNO ketika itu menjadi satu ‘handicap’ pula kepada gerakan penyokong UMNO. Penyokong UMNO sentiasa diperli bahawa parti yang mencanangkan Koridor Raya Multmedia tidak mempunyai kemampuan IT setanding dengan pemikiran Presidennya. Buat seketika ia amat mengecewakan gerakan penyokong UMNO di internet. Namun kemenangan Barisan Nasional dalam pilhan raya umum 1999 mengubat sedikit sebanyak kekecewaan itu.

Realiti Semasa Gerakan Internet UMNO

Mungkin menyedari kekurangan-kekurangan yang ada, laman rasmi UMNO tersebut telah mengalami satu transformasi yang hebat. Laman ini muncul dengan nama baru, nafas baru, gaya baru dan hala tuju yang lebih jelas. Dengan muncul UMNO-Online.com, gerakan internet UMNO secara rasmi memasuki satu fasa baru.

Bahan-bahan yang menjawab fitnah pembangkang secara tepat, jelas dan lantang mulai mendapat tempat dalam laman ini. Bagi penyokong UMNO yang celik siber, laman ini merupakan rujukan penting dalam memahami isu-isu semasa. Kemudiannya lahir pula Kelab Maya UMNO (KMU) yang bertujuan membantu UMNO memperkasakan gerakan politik di internet. Kelab ini bertujuan mengumpul semua penyokong-penyokong UMNO yang bergerak di internet secara sendirian sejak 1998 bagi bergerak sebagai satu pasukan.

Sebagai gerakan sokongan kepada UMNO-online, KMU telah menubuhkan satu portal politik yang dipanggil Gerbang Kelab Maya UMNO (http://www.kmu.net.my/ atau di http://www.mayaumno.com)

Gabungan kerjasama UMNO online dengan Kelab Maya telah mencorakkan satu dimensi baru kepada hala tuju politik negara di alaf baru ini.

 


***Majlis Suai Kenal KMU Zon Utara di Pantai Merdeka pada 1hb September 2001**

 


          KEMBALI KE LAMAN UTAMA KMU ZON UTARA


Hak mencipta terpelihara. Sebarang masalah dan pertanyaan sila hantar email saudara ke alamat ini:

webmaster_utara@yahoo.com