Pengenalan

 

Selamat Datang to KMUtara.

Assalamualaikum

Jika saudara-saudari telah melayari laman rasmi kita di www.mayaumno.com atau gerbang tempur kita di www.kmu.net.my maka saya percaya saudara saudari akan faham apa sebenarnya Kelab Maya UMNO ini.

Untuk pengetahuan semua, KMU adalah pertubuhan sukarela. Walaupun kita bernaung di bawah Penerangan UMNO, tetapi penubuhannya adalah atas dasar sukarela penyokong-penyokong UMNO di alam cyber.

Setakat ini, ini adalah serba sedikit tentang aktiviti kita (terutamanya di Utara):

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

1. Majlis Dialog pemimpin dan Perasmian Kelab Maya UMNO di Putrajaya - 2 & 3 November 2000

a.. YAB Perdana Menteri

b.. YB Dato' Mustapha Mohamad

c.. YBhg. Cik Azalina Othman (MT)

d.. YBhg. Dr. Noraesah (MT)

e.. Y.Bhg. Professor Ismail (MTEN)

f.. Y.Bhg. Saudara Astora Jabat

 

2. Membantu BN dalam Pilihanraya Lunas - November 2000

a.. masuk ke ceramah pembangkang untuk mengumpul data

b.. menulis untuk menangkis dakyah pembangkang melalui internet (laman web khas Lunas)

c.. menghantar data ceramah pembangkang kepada Penerangan UMNO

d.. mengedar risalah dan buku-buku bagi pihak penerangan UMNO.

 

4. Program BTN dengan pelajar USM - 27 & 28 Februari 2001.

 

5. Majlis Dialog bersama pemimpin di Kulim Hi-Tech Park - 29 April 2001

a.. YB Dato' Mustapha Mohamad

b.. YB Hajjah Rosnah Majid

c.. YBhg. Dato' Nakhaie Ahmad

d.. Y.Bhg Dr. Noraesah

 

6. Pameran di Perhimpunan Agong UMNO, PWTC - 19 - 23 Jun 2001

7. Menangkis dakyah pembangkang dan memberi penerangan di internet. - ongoing

a.. portal www.kmu.net.my (dikemaskini 2 kali sehari)

b.. perdebatan dan penerangan di egroup antireformasi, alternatifnet, anwaribrahimnet dll.

c.. laman-laman web individu oleh ahli-ahli Kelab Maya UMNO

 

8. Membantu Membina lamanweb untuk Puteri UMNO

 

9. Membantu Membina lamanweb untuk Biro Tindakan Sivil

 

PROGRAM DALAM PERANCANGAN

1.. Khidmat IT, tuition dan kesihatan di Sik - persetujuan dan tenaga sukarela telah dikenalpasti di kalangan Majlis Belia Daerah.

2.. Khidmat IT, Tuition dan kesihatan di Bayan Baru, Pulau Pinang - sedang dilaksanakan dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian.

3.. Program bersama Belia di Pekan, Pahang dan Dialog khas dengan Dato' Najib - 21hb Julai 2001

4.. Program/pameran di Permatang Pauh, anjurang UMNO Permatang Pauh - 28hb Julai 2001

 

AKTIVITI SAMPINGAN

a.. Mengumpul data ceramah-ceramah pembangkang

b.. Mengedarkan VCD-VCD bagi pihak UMNO

c.. Mengedarkan risalah-risalah

Kita akan cuba menjangkau lebih jauh lagi dari segi penerangan dan beberapa ahli telah mengambil inisiatif untuk menggerakkan UMNO di kawasan masing-masing samada dari dalam atau dari luar. Di harap, semua ahli memainkan peranan masing-masing untuk membantu UMNO dari apa segi sekalipun. BAgaimanapun, bear in mind yang kita adalah sukarela. Setakat ini, ahli-ahli yang ada mengumpul atau menggunakan wang sendiri setakat yang termampu utk beberapa aktiviti di atas.

Aktiviti kita juga dilaporkan kepada Penaung, iaitu YAB PM himself. Kita mahu buktikan yang masih ada rakyat yang sanggup berjuang secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan.

Salam perkenalan dan salam hormat. Selamat Berjuang.


         [ Kembali ke laman utama


Hak mencipta terpelihara. Sebarang masalah dan pertanyaan sila hantar email saudara ke alamat ini:

webmaster_utara@yahoo.com